ANALISIS REKA BENTUK KURIKULUM, POLA KURIKULUM DAN ORIENTASI KURIKULUM YANG DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN

ANALISIS REKA BENTUK KURIKULUM, POLA KURIKULUM DAN ORIENTASI KURIKULUM YANG DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN🔍



MAKSUD REKA BENTUK KURIKULUM

Reka bentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepkan yang melibatkan kompenan-kompenan utama kurikulum seperti matlamat, objektif, kandungan kurikulum, dan penilaian yang disusun untuk menghasilkan instruksi. Ia juga dapat didefinisikan sebagai suatu alternatif prosedur dalam merangka, menerapkan dan menilai sesuatu kurikulum. (Tyler 1949). Menurut Penyata Razak (1956), kurikulum yang telah dibentuk dan didokumentasikan kemudiannya disebarkan ke seluruh sekolah di Malaysia. Agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas penyebaran ini ialah Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Pelajaran Daerah. Para pegawai di peringkat ini akan memastikan sebarang maklumat berkaitan kurikulum akan diterima dalam keadaan sempurna tanpa sebarang masalah dan keraguan kepada guru-guru di sekolah. 


MODEL-MODEL KURIKULUM

TOKOH 

Ralph Tyler (1949)

Model Reka Bentuk Kurikulim Tyler yang dikenali sebagai Model Rasional atau Model Objektif dianggap model pembinaan kurikulum yang klasik dan menjadi asas kepada model-model pembinaan kurikulum yang lain. Menurut Tyler, apabila kurikulum direka bentuk, terdapat empat persoalan asas ;


Empat persoalan asas yang dikemukakan oleh Tyler untuk mereka bentuk kurikulum ialah :
  • What educational purpose should the school seek to attain?
  • What educational experiences can be provided that are likely to attain these purpose?
  • How can these educational experiences be effectively organized?
  • How can we determined whether these purpose are being attained?


Hilda Taba (1962)

Model Kurikulum Taba (1962) berlandaskan kepada Kurikulum Sekolah Dewey (1896-1904) dan Laporan Jawatankuasa Kajian Kurikulum (1933-1941) di USA. Objektif pelajaran Model Kurikulum ditentukan berdasarkan falsafah pragmatisme yang mengandungi logik penyelesaian masalah. Taba menekankan bahawa guru seharusnya memulakan proses pembangunan kurikulum dengan membina unit pengajaran dan pembelajaran khusus untuk pembelajaran.


  • Model Kurikulum Rasional/Objektif.
  • Dikenali sebagai Model Pembangunan Konsep.
  • Menekankan proses pemikiran induktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Menggunakan pendekatan grass-roof iaitu perancangan bahan-bahan mesti direka bentuk oleh guru.
  • Logik Linear: Tujuan ditentukan ~ Cara diusahakan ~ Matlamat ditetapkan


Lawrence Stenhouse (1975)

Menurut Stenhouse (1975), kurikulum adalah satu perantaraan untuk pelajar mendapatkan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh. Penekanan diberikan kepada proses perkembangan. Model ini merupakan model proses kurikulum yang membentuk spesifikasi kurikulum dan proses pendidikan bukan bermula dengan hasil berbentuk objektif.



Stenhouse mengaplikasikan tiga prinsip iaitu :
  • Prinsip pemilihan kandungan. (apa yang diajar dan dipelajari?)
  • Prinsip pembentukan strategi pengajaran. (bagaimana patut diajar dan dipelajari?)
  • Prinsip menentukan susunan pengajaran. 


Robert Zais (1976)

Zais telah mengemukan beberapa model pengembangan kurikulum seperti The Administrative (Line-staff) Model, The Grass-Roots Model dan The Demostration Model. The Administrative (Line-staff) Model merupakan model pengembangan kurikulum yang paling lama dan banyak dikenali. Model ini diberi nama model administratif atau line-staff kerana inisiatif dan gagasan pengembangan datang daripada tenaga pengajar.



  • Model ini menuntut sejumlah guru dalam satu sekolah untuk mengorganisasikan dirinya dalam mempebaharui kurikulum.
  • Staf pengajar bekerja dalam bentuk organisasi berstruktur atau bekerja secara bersendirian.
  • Dalam model ini, pembaharuan kurikulum dicontohkan dalam satu skala kecil untuk diaplikasikan oleh para pengajar yang lain.




ANALISIS ORIENTASI & POLA REKA BENTUK KURIKULUM


ORIENTASI REKA BENTUK KURIKULUM





i. Kurikulum Berpusatkan Pelajar
  • Fokus kepada potensi murid.
  • Pengajaran mengikut minat murid.

  • Bersifat terbuka kepada murid untuk turut sama dalam mereka bentuk kurikulum.

  • Pembinaan insan.

  • Organisasi kurikulum berorientasikan aktiviti dan membina pengalaman pelajar (minat, keperluan, tujuan).

Contoh: Kurikulum Sekolah Sukan (Bukit Jalil, Bandar Penawar) & Kurikulum Sekolah Seni (Kuala Lumpur, Sarawak, Johor).



ii. Kurikulum Berpusatkan Akademik
  • Menekankan pengetahuan, nilai dan warisan budaya.
  • Berorientasikan kepada subjek dan pengetahuan.

  • Fokus kepada pengetahuan bagi membangunkan intelek.

  • Kurikulum berpusatkan isi kandungan.

  • Pengajaran berfokus melibatkan proses mengingat dan memahami.

  • Diajarkan secara terpisah (mengikut topik).

  • Susunan : 

          * Menegak: ikut tahap kesukaran, mudah kepada sukar.
          * Mendatar: hubungan antara disiplin ilmu.

Contoh: Reka bentuk mata pelajaran pelbagai, Reka bentuk disiplin, Reka bentuk 'Broad Field ' & Reka bentuk korelasi.



iii. Kurikulum Berpusatkan Masyarakat
  • Berdasarkan kepada kesejahteraan masyarakat.
  • Berasaskan pemikiran bahawa manusia sebagai makhluk sosial  yang perlu hidup bersama dan menjalani kehidupan yang adakalanya mempunyai konflik.

  • Isi kurikulum yang berbentuk masalah sosial /persekitaran. 

          * Mendatar: merentas pelbagai disiplin ilmu.
          * Menegak: keupayaan dalam menyelesaikan masalah.
          * Kurikulum mengintegrasikan antara subjek dengan masalah kehidupan sosial dan 
             alam sekitar. Pengajaran menggunakan pendekatan penyelesaian masalah (PBL).
          * Murid mempelajari kurikulum untuk mengenalpasti, memahami, menganalisis dan 
             menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan.

Contoh: Memberi fokus kepada masalah dalam hidup, Reka bentuk situasi kehidupan, & Reka bentuk pembangunan semula masyarakat.




POLA REKA BENTUK KURIKULUM

i. Kurikulum Sebagai Perancangan

Kurikulum yang dibentuk oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah penting untuk dilaksanakan oleh setiap pendidik. Pendidik mesti mentafsir, menterjemah dan melaksanakannya berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai panduan pengajaran. Rancangan pengajaran pula berpandukan topik yang disenaraikan dalam rancangan kerja dan silibus, yang juga merupakan sebahagian daripada kurikulum bagi sesuatu mata pelajaran.

Contoh: 
  • DSKP untuk mata pelajaran.
  • Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT).
  • Rancangan Pengajaran Harian (RPH).


ii. Kurikulum Sebagai Objektif

Objektif ditetapkan selaras dengan keperluan murid, masyarakat, pandangan pakar dalam bidang berkenaan berdasarkan falsafah dan matlamat pendidikan.

Contoh: 
  • Matlamat / objektif mata pelajaran.
  • Standard pembelajaran.


iii. Kurikulum Sebagai Proses
 
Bukan bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di antara guru, murid, bahan dan pengetahuan.

Contoh:
  • Aktiviti pelajaran dan pembelajaran.


iv. Kurikulum Sebagai Hasil / Out Come

Kurikulum yang dapat melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari aspek intelek, rohani, emosi, jasmani dan rakyat yang dapat memenuhi aspirasi negara.

Contoh:
  • Keberhasilan pembelajaran mengikut domain kognitif, afektif dan psikomotor.










RUJUKAN

Abdullah, Z. (2021). MODUL PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : Falsafah Dan Dasar. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ridhauii. (2016, October 13). Pengembangan kurikulum model Zais dan Tyler. Retrieved from MSI TEKNOLOGI IMPFORMASI PEMBELAJARAN: https://saimahridha.wordpress.com/2016/10/13/pengembangan-kurikulum-model-zais-dan-tyler/


DISEDIAKAN OLEH:

NUR AMALEEN SHAHIDA BINTI FADLI

D20211098902

KUMPULAN V



Comments

Popular posts from this blog

APLIKASI MODEL KURIKULUM TYLER KE ARAH MEMBINA PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR