APLIKASI MODEL KURIKULUM TYLER KE ARAH MEMBINA PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR

 

APLIKASI MODEL KURIKULUM TYLER KE ARAH MEMBINA PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR.

PENGENALAN

Model Kurikulum Tyler atau dipanggil juga Model Objektif Rasional ini diperkenalkan oleh Ralph Tyler pada tahun 1949. Model ini dianggap sebagai model klasik yang digunakan dalam membina pengalaman pembelajaran dalam kalangan pelajar. Pengalaman pembelajaran bermaksud segala gerak balas atau interaksi pelajar dengan persekitarannya. Tyler berpendapat bahawa terdapat empat persoalan asas yang perlu dijawab apabila sesebuah kurikulum dibentuk. Ianya dipanggil Tyler’s Rationale.




Rajah 1: Tyler's Rationale

Perkembangan kurikulum Model Tyler telah dibuat berdasarkan Tyler’s Rationale seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Model ini melibatkan empat komponen penting yang perlu diambil kira bagi membina pengalaman pembelajaran yang mantap.


 Langkah-langkah Pengembangan  Kurikulum Mengikut Model Tyler



Rajah 2: Langkah-langkah Pengembangan Kurikulum Mengikut Model Tyler

1.Menentukan Matlamat dan Objektif

Model Tyler mencadangkan bahawa objektif yang ingin dicapai dalam pendidikan hendaklah selaras dengan :

            1) Keperluan pelajar 

            2) Keperluan semasa masyarakat

            3) Pandangan pakar dalam bidang berkenaan

Objektif yang dibentuk hendaklah berdasarkan kepada falsafah dan matlamat pendidikan yang sedia ada serta psikologi dan kematangan pelajar. Objektif tersebut juga perlulah menerangkan dengan jelas tentang apa yang hendak dicapai dan apakah perubahan yang akan diperolehi pelajar.


2.Pemilihan Kandungan

Subjek, kandungan dan pengalaman pembelajaran yang dipilih oleh perancang kurikulum perlulah didedahkan kepada pelajar supaya target hasil pembelajaran dapat dicapai dengan baik. Contohnya, guru menulis objektif pembelajaran harian di sudut khusus sebelum pembelajaran bermula.


3.Prinsip Penyusunan Kandungan dalam Reka Bentuk Kurikulum

Penyusunan kandungan kurikulum adalah penting untuk menghasilkan pembelajaran yang menyeluruh dan berkesan. Antara tiga prinsip yang dicadangkan oleh Tyler termasuklah:

            1) Prinsip kesinambungan kandungan

            2) Prinsip ketertiban atau turutan kandungan

            3) Prinsip kesepaduan kandungan

Hanson (2000), Print (1995) dan Mohd Daud Hamzah (1993) telah menambah dua lagi prinsip iaitu prinsip litupan kandungan dan prinsip imbangan kandungan.

Prinsip penyusunan kurikulum perlu dijadikan panduan dalam menentukan tujuan dan halatuju pendidikan, isi kandungan dan proses pelaksanaan pengalaman pembelajaran dan penilaian.

 

4.Penilaian

Setelah aktiviti penyusunan, perancang kurikulum mestilah menilai sejauh mana objektif yang telah dibentuk tercapai. Penilaian bagi mendapatkan bukti keberkesanan pelajaran dapat dilakukan dalam pelbagai kaedah. Contohnya; 

            1)Penilaian Formatif (dilakukan secara berterusan manakala usaha penambahbaikan boleh dilakukan apabila perlu.

            2) Penilaian Sumatif  (dilakukan pada peringkat akhir supaya penambahbaikan secara menyeluruh dapat dibuat)

 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, jelaslah bahawa Model Tyler ini adalah model terbaik untuk membina pengalaman pembelajaran yang mantap dalam kalangan pelajar. Model ini turut dianggap logikal kerana teratur dengan sempurna dengan penentuan objektif diikuti dengan pemilihan kandungan, prinsip penyusunan kandungan dalam reka bentuk kurikulum dan penilaian. Oleh itu, ianya dapat membantu kurikulum Malaysia kearah yang lebih baik dan bermutu.

j


Disediakan oleh: NORAINA ELLIA BINTI HASSIM (D20211098904) (KUMPULAN V)




Comments

Popular posts from this blog