PRINSIP ORGANISASI DALAM REKA BENTUK KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN DAN DIMENSI VERTIKAL DAN DIMENSI HORIZONTAL
Gambar rajah 1: prinsip penyusunan reka bentuk kurikulum
DIMENSI VERTIKAL
Dimensi vertikal atau menegak menggambarkan hubungan yang berkaitan dengan peraturan pengalaman belajar dalam bidang yang sama dan dikaitkan dengan pertimbangan urutan waktu.
Kesinambungan
|
- Pemeringaktan ilmu, kemahiran dan
nilai yang perlu dikuasai murid sejajar dengan pertumbuhan fizikal dan mental
seiring dengan usia mereka.
- Kurikulum yang sempurna yang
mempunyai kesinambungan yang lancar dimulai dengan peringkat paling asas
dan membolehkan pelajar mengaplikasikan untuk meneroka pada tahap lebih
tinggi.
- Objektif atau kandungan yang
penting sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan
berbagai-bagai kaedah dan cara bagi menentukan ia dipelajari dengan
menyeluruh.
|
Urutan
|
- Bermaksud jumlah timbun-tambah
ilmu, kemahiran dan nilai yang dibina menerusi pembelajaran yang dilaksanakan
menerusi pembelajaran yang dilakasanakan merentas waktu.
- Menyarankan pembelajaran hendaklah
berterusan dan berturutan dengan berdasarkan pengalaman lalu untuk membolehkan
pelajar mempelajari sesuatu dengan lebih dekat, meluas dan mendalam.
|
DIMENSI HORIZONTAL
Dimensi horizontal atau mendatar mengandungi kandungan pembelajaran yang sealiran. Hasil kandungan yang sama akan dikumpulkan kepada satu topik dengan menentukan skop kandungan kurikulum secara mendatar ataupun sealiran.
Skop
|
- Berkaitan dengan keluasan dan kedalaman yang perlu
dimuatkan dalam kurikulum dan pengajaran.
- Keluasan dan
kedalaman kandungan berkaitan dengan tahap pendidikan yang membolehkan setiap
murid menguasai kandungan mengikut tahap-tahap pendidikan dan kognitif.
|
Integrasi
|
- Pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu
sama lain agar pembelajaran lebih menyeluruh.
- Dikaitkan dengan elemen merentas kurikulum:
Bahasa, ilmu, kemahiran, nilai, teknologi, inovasi, kreatif dan keusahawanan.
|
Imbangan
|
- Merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan
dan kesesuaian kandungan dengan masa pembelajaran yang diperuntukkan
kepada murid-murid untuk menguasainya.
|
DISEDIAKAN OLEH:
NUR KHALIESA BINTI AMRAN
D20211098903
KUMPULAN V
Comments
Post a Comment