REKA BENTUK KURIKULUM KEBANGSAAN DAN PENTERJEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
REKA BENTUK KURIKULUM KEBANGSAAN DAN PENTERJEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketerampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.
Namun begitu, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas. Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensi sosial dan dimensi intrinsik.
Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan.
– Keupayaan mental memproses maklumat.
– perasaan yang dialami semasa pembelajaran.
– tindak balas fizikal terhadap situasi pembelajaran
Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponen-komponen utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah media dan penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi.
- Sebagai satu pelan/rancangan untuk tindakan satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang diingini.
- Kurikulum yang direka haruslah mempunyai pelan dan struktur yang jelas dan didokumenkan supaya tidak berlakunya kekeliruan ketika melakukan kurikulum tersebut.
- Kurikulum kebangsaan yang direka ini adalah bersifat eklektik iaitu menggabungkan 3 orientasi reka bentuk iaitu:
Merupakan satu siri proses yang melibatkan 4 komponen berantai:
2.Peringkat Pelaksanaan Kurikulum
3.Amalan Kurikulum Bilik Darjah
4. Hasil Pelaksanaan Kurikulum
Comments
Post a Comment