Posts

PRINSIP ORGANISASI DALAM REKA BENTUK KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN DARI DIMENSI VERTIKAL DAN DIMENSI HORIZONTAL

Image
  PRINSIP ORGANISASI DALAM  REKA BENTUK KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN DAN DIMENSI VERTIKAL DAN DIMENSI HORIZONTAL Gambar rajah 1:  prinsip penyusunan reka bentuk kurikulum  DIMENSI VERTIKAL Dimensi vertikal atau menegak menggambarkan hubungan yang berkaitan dengan peraturan  pengalaman belajar dalam bidang yang sama dan dikaitkan dengan pertimbangan urutan waktu.  Kesinambungan        Pemeringaktan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid sejajar dengan pertumbuhan fizikal dan mental seiring dengan usia mereka.       Kurikulum yang sempurna yang mempunyai kesinambungan yang lancar dimulai dengan peringkat paling asas dan membolehkan pelajar mengaplikasikan untuk meneroka pada tahap lebih tinggi.     Objektif atau kandungan yang penting sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan berbagai-bagai kaedah dan cara bagi menentukan ia dipelajari dengan menyeluru...

APLIKASI MODEL KURIKULUM TYLER KE ARAH MEMBINA PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR

Image
  APLIKASI MODEL KURIKULUM TYLER KE ARAH MEMBINA PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR. PENGENALAN Model Kurikulum Tyler atau dipanggil juga Model Objektif Rasional ini diperkenalkan oleh Ralph Tyler pada tahun 1949. Model ini dianggap sebagai model klasik yang digunakan dalam membina pengalaman pembelajaran dalam kalangan pelajar. Pengalaman pembelajaran bermaksud segala gerak balas atau interaksi pelajar dengan persekitarannya. Tyler berpendapat bahawa terdapat empat persoalan asas yang perlu dijawab apabila sesebuah kurikulum dibentuk. Ianya dipanggil Tyler’s Rationale . Rajah 1: Tyler's Rationale Perkembangan kurikulum Model Tyler telah dibuat berdasarkan Tyler’s Rationale seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Model ini melibatkan empat komponen penting yang perlu diambil kira bagi membina pengalaman pembelajaran yang mantap.   Langkah-langkah Pengembangan    Kurikulum Mengikut Model Tyler Rajah 2: Langkah-langkah Pengembangan Kurikulum Mengikut Mo...

REKA BENTUK KURIKULUM KEBANGSAAN DAN PENTERJEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Image
REKA BENTUK KURIKULUM  KEBANGSAAN DAN PENTERJEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA PENGENALAN Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketerampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara. Namun begitu, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas. Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensi  sosial dan dimensi intrinsik. Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum pendidika...